MGG4201

Budaya  Kesederhanaan
(The Cult of Mediocrity)

Artikel asal ada di laman ‘Charoscuro’   di  Malaysiakini.

Timbalan Perdana Menteri,  Abdullah Ahmad Badawi, sedang  serbasalah. Semakin  ramai  rakyat   Malaysia yang dianggapnya tidak peduli lagi dengan budaya  kerja  dan perkhidmatan  mereka. Ini mesti  dihentikan, katanya. Memadaikah  dengan meraung begini?  Dua  puluh tahun  yang lalu, ketika Dr. Mahathir  Mohamed  menjadi  perdana menteri, dia  mahukan Kuala  Lumpur  menjadi  sebuah  badar raya  dalam  taman yang indah.

Kini, tidak  ramai  yang bercakap perkara  itu sedangkan   apa juga ruang  kosong  yang masih  tinggal  sedikit  itu dirobek-robek  untuk  dipasang cerusuk  bagi  mewujudkan  bangunan  pencakar  langit  lagi.  Di  sana-sini kita dapat lihat bagaimana pokok-pokok  yang ditanam dengan  harga  ribuan  ringgit tiap sebatang,  kini dikerat dan dipunggah  beberapa bulan  kemudiannya  untuk membolehkan  kerja-kerja   melebarkan  jalan.

Paklah   menyalahkan  etika  kerja  yang longgar. Apabila  rakyat  Malaysia  lebih selesa melihatkan  pendatang  haram daripada Indonesia  dan Bangladesh  membuat kerja-kerja  kotor  itu bagaimana pula perkara ini boleh mencetuskan etika  kerja  yang baik? Apakah  sudah menjadi  satu  dasar  menggalakkan  kesederhanaan  dalam pekerjaan  di pihak kerajaan  dan  juga  swasta?  Sebaik sahaja seorang penyelia itu memalingkan mukanya,  orang yang diawasinya pun cabut lari pergi minum kopi,   selalunya berkali-kali dalam sehari. Deringan telefon  memang selalu dibiarkan  begitu  di  hampir semua  jabatan  kerajaan.

Bangunan  yang memang  tidak  pernah diselia  bertahun lamanya, tiba-tiba sahaja dibersihkan  setiap  kali   ada  orang  penting  datang  membuat lawatan.  Kalaulah  kerja-kerja  menyelia bangunan  itu dibuat  selalu, Kuala  Lumpur  tidak “menjadi  bandaraya  kelas  bawahan di mana wujudnya  struktur  bangunan bertaraf  kelas   utama  di sebuah negera kelas dunia ketiga.” Inilah  pandangan Abdullah sendiri.  Tetapi sebuah negara  dunia  ketiga  tidak semestinya  mempunyai  budaya kerja  yang jijik  ataupun  negara dunia utama  mesti mempunyai budaya kerja yang baik-baik.

Dr.  Abdul Kalam, orang  yang bertanggungjawab  mengetuai  program senjata nuklear India pernah ditanya  dalam satu wawancara   BBC, sebaik sahaja India  berjaya meledakkan bom atom ciptaannya; apakah dia sangsi kalau-kalau  para pekerja  dalam projeknya  itu dapat melaksanakan tugas mereka memandangkan  sikap  mereka  yang suka ponteng  bila diberikan peluang. Dia menjawab  betapa  dia amat curiaga kalau dia sendiri dan juga para pakar saintisnya  berkemungkinan  menghampakan semua petugas  itu kerana  kegagalan  mereka.

Seseorang  pekerja  India  apabila  telah  dipastikan  tugasannya akan melaksanakan tugas itu mengikut kemampuannya yang terbaik sekali.Dia tidak takut kalau tugas itu tidak  terlaksana. Dia  merasakan puas melaksanakan tugas, tidak kiralah  betapa rendahnya  anggapan orang terhadap tugasnya itu ataupun apakah tugas itu sesuatu  yang membosankan kerana pelru dilakukan berulang-ulang. Dia lebih takut  dimarahi orang  kalau dia gagal melaksanakan tugasnya. Semua ini bergantung  kepada cara dan persepsi  seseorang perkerja  itu  menilai peranannya dalam masyarakat.

Perbezaan sudah semakin ketara  di negara ini. Tidak  ada sesiapa yang peduli lagi. Memang  amat mudah menggaji seorang pekerja  Indonesia  ataupun Bangla  untuk melakukan sesuatu. Abdullah  boleh  terus  bersuara lantang mengenai budaya kesederhanan ini dan tidak ada perubahan yang dapat  dilakukan selagi sikap bekerja  secara sederhana sudah menjadi  satu budaya. Sikap ini tidak lagi terkongkong di kalangan  pekerja biasa. Cubalah  hubungi  sepuluh orang pegawai  di satu pagi dan anda akan  diberitahu mereka  sedang berada di meja mesyuarat yang tidak tentu bila akan berakhirnya. Kalau  anda mahu menilai  status  sesuatu  permohonan anda?  Jangan haraplah.  Pegawai  yang berkenaan  sedang  bercuti dan tidak ada sesiapa pun di situ sebagai pengganti.

Reput  Yang  Bermula Di Kepala

Baru-baru  ini Timbalan Perdana menteri membuat lawatan  rasmi ke Singapura.  Dia  telah ditemani  sebaris  menteri  (pusat)  dan ketua menteri dan sekumpulan  pegawai  yang menjadi  ahli kontijennya.  Kenapakah perlunya  dia membawa  begitu ramai  tukang  iring dengan membazirkan  wang kerajaan. Kebanyakan  mereka  yang mengirinya itu  sengaja bersantai dengan  menggunakan peruntukan kerajaan  sahaja.  Bagaimanakah  Paklah sanggup mengkritik apabila  katikatangan di bahagian bawah  perkhidmatan kerajaan   itu  tidak mahu  menjalankan tugas dengan  berkesan?

Kereputan  pentadbiran  Malaysia bermula  di kepala, seperti ikan juga. Memang  tidak ada  panduannya. Hanya kenyataan  akan  hasratnya. Menteri kabinet memang orang  yang pakar dalam perkara ini. Tetapi, mereka  juga amat pakar  untuk mengengkari sebarang panduan yang dikeluarkan. Begitu  juga yang bertugas  di setiap kementerian. Media  massa  memang  gemar membesarkan  cerita mengenai  kelemahan ini. Tetapi, tidak   mencetuskan kesan apa-apa. Tidak  ada sesiapa yang  bersedia  mengeluarkan peraturan bertulis  agar sesuatu peraturan dipatuhi.  Ia  hanya merupakan satu kenyataan spontan yang dikeluarkan untuk bahan  persidangan  akhbar semata-mata. Kerana itu kenyataan demikian  tidak perlu di ambil perihatin secara serius.

Jadinya, Abdullah mahukan  pekerja kelas bawahan  mempunyai etika kerja sedangkan perkara yang sama tidak perlu dikenakan kepada para pegawi dan yang setaraf dengannya. Kita tidak menjadikan usaha  menabung  kepakaran sebagai satu kemestian. Kita tidak  membudayakan  kerja yang bermutu tinggi. Kita mempunyai beberapa   maktab tusyen  yang menyediakan  pelajar untuk memasukki ambang  universiti  untuk mendapatkan kelulusan sarjana mereka. Kerana  itu kita mudah bermegah betapa  kita unggul  dalam industri pendidikan. Inilah caranya kita menggalakkan  rakyat Malaysia  menjadi doktor perubatan, jurutera, akitek, perancang bandar  dan sebagainya.

Kita mudah mengelat  dalam setiap tahap  kehidupan kita. Apabila kita membeli rumah, tidak lama kemudian kita dapat  tahu betapa ia tidak di bina dengan sempurna.   Saya belum lagi berjumpa  dengan seorang pembeli rumah yang merasa puas dengan pembeliannya kerana ia diusahakan oleh seorang pemaju  yang mempunyai sikap yang sama kalau  dia membuat  sosej. Buatlah pengaduan, dan kementerian  perumahan  dan kerajaan tempatan  akan menjawab sambil  melegakan  perasaan anda kenapa anda  harus terus tinggal  di rumah itu dengan perasaan yang selesa.  Tidak kiralah kalau jaminan  pemaju itu sudah luput kelmarin dan anda tidak boleh membuat  tuntutan lagi.

Masyarakat  yang  Sakit

Pihak polis terpaksa  melancarkan  ‘jualan murah’ untuk  menggalakkan  masyarakat  yang berhutang  beratus ribu  banyaknya  dalam bentuk saman  yang pihak polis gagal  untuk mendapatkannya.  Jabatan  pengangkutan jalan tiba-tiba sedar betapa puluhan ribu  lesen pemandu telah diedarkan secara  ajaib. Lihat sahajalah kepada semua kelengkapan stadium  yang dibina khas  untuk  Sukan Komanwel 1998. Semuanya hampir lingkup kerana  kekurangan kerja-kerja seliaan. Ia tidak boleh digunakan untuk satu  pesta  sukan yang besar lagi tanpa membelanjakan ratusan juta ringgit  untuk memperbaikki dan  menggantikan  barangan  yang telah lama hilang  kerana  sengaja dicuri orang. Semua ini adalah satu gambaran betapa  masyarakat Malaysia sedang diserang penyakit yang sengaja  diabaikan oleh kerajaan.

Satu ketika dulu kerajaan  menjadi tertekan kerana  kekurangan tenaga manusia sehingga  melaksanakan satu projek  agar ada  satu juta manusia bekerja dengannya. Tidak ada satu usaha  sehinga kini untuk menilai apakah semua  yang diambil bekerja itu betul-betul membuat kerja. Begitulah segterusnya. Kerana itu, apa perlunya  membersihkan Kuala Lumpur  kerana  timbalan perdana  menteri  naik marah?

Kalau Abdullah serius  dengan kenyataannya, dia harus mulakan merombak sikap  di bahagian atasan. Di sinilah mulanya segala kereputan itu.  Eloklah dia mendedahkan para menteri dan ketua jabatan yang tidak menjalankan tugas.  Ia harus menjadikan urusan itu sesuatu yang diutamakan sementara dia masih menjadi timbalan perdana menteri  dan sehingga dia menjawat jawatan perdana menteri, kalaulah nasib memihak kepadanya.  Dia mesti menunjukkan tauladan, walaupun kita tahu dia tidak berupaya melakukannya.  Inilah  yang dirasai oleh perdana menteri selepas  berkuasa  selama dua puluh tahun. Inilah juga yang akan diketahui oleh seorang perdana menteri  pada 2020 nanti.

Untuk melakukan perubahan kepada semua itu, mesti ada  reformasi terhadap sikap dan persepsi.  Inilah  sesuatu yang tidak akan disetujui oleh  pentadbiran Barisan Nasional.  Menuduh sebahagian masyarakat kerana  tidak mahu bersikap unggul tidak akan merobah keadaan.  Apabila tidak ada sebarang imbohan untuk melakukan perubahan dan apabila  lebih menguntungkan  sesaorang itu kalau dia  mengikut sikap dan gelagat ramai, apakah gunanya dia melakukan perubahan? Inilah budaya kerja di bahagian atasan. Kalau ia dicontohi di bahagian bawahan apakah kita mesti hairan? Perlukah kita memberitahu Abdullah dengan penuh kiasan?

-MGG Pillai-

Terjemahan MT